Tuesday, January 19, 2010

Janganlah membenci ALI... wahai intan payung

Suatu hari Nabi saw sedang duduk bersandar di dinding Ka'bah, di sebelahnya ada Sayyidina Ali as menemani beliau. Tiba-tiba lalu seorang tua bangka yang bongkok, berjalan dengan tongkatnya, dan memakai burnus. Melihat Nabi saw dia berkata sambil lalu, "Wahai Rasulullah doakanlah supaya aku diberi keampunan."

Nabi saw menjawab, "Merugilah jalanmu dan sesatlah ilmumu," kemudian beliau menoleh kepada Ali as bertanya, "Tahukah engkau siapa dia wahai Ali?" "Tidak" jawabnya.
"Dialah si terkutuk Iblis." Kata Nabi. Mengetahui hal itu, Sayyidina Ali langsung mengejarnya. Ketika menangkapnya beliau membantingnya lalu menduduki dadanya sambil mencekiknya. Iblis menahan dan berkata,"Jangan engkau bunuh aku wahai Abul Hasan, kerana sesungguhnya aku termasuk yang dibiarkan hidup sampai waktu yang ditentukan. Demi Allah wahai Ali, aku sangat mencintaimu, dan tiada seorang pun yang membencimu kecuali dahulu aku menyertai ayahnya saat bersama ibunya sehingga dia menjadi anak zina."

Jabir bin Abdullah al-Ansaari meriwayatkan, "Suatu waktu kami di Mina bersama Rasulullah saw, tiba-tiba pandangan kami tertuju pada seseorang, yang sedang khusyuk sujud, rukuk dan merintih, kami katakan, "Wahai Rasulullah bertapa indah salatnya."
Beliau saw bersabda, "Dialah yang mengeluarkan orangtua kamu dari syurga." Kemudian Ali as menghampirinya dan tanpa peduli dia membanting si Iblis, dikepit tangan kanannya ke tangan kirinya dan tangan kirinya ke sebelah kanannya seraya berkata, "Dengan izin Allah aku akan habisi kau."

Iblis menyanggah, "Engkau takkan boleh melakukannya hingga waktu tertentu yang telah ditentukan Tuhanku, ada apa engkau ingin membunuhku? Demi Allah tiada yang membencimu kecuali maniku telah mendahului rahim ibunya sebelum mani ayahnya. Aku pun menyertai para pembencimu dalam harta dan anak-anak mereka, sebagaimana firman Allah swt dalam kitabnya, Dan bersama-samalah dengan mereka pada harta dan anak-anak." (*surah al-Israa' ayat 64)

Kemudian Nabi saw menjelaskan, "Benar wahai Ali tiada yang membencimu dari bangsa Quraisy kecuali orang yang lacur, dari gulongan Ansar kecuali orang Yahudi, dari bangsa Arab kecuali orang yang keji, dari selain mereka kecuali orang yang celaka, dan dari kalangan wanita yang salqalqiyyah"

Mencintai dan membenci Ali as telah menjadi subjek zaman berzaman dan menyinari penemuan-penemuan bagi para pengkaji. Mengapa Mencintai Ali begitu "significant" dengan "Kecintaan kepada Ahlul-bait Nabi" yang disebut2 dalam solawat,tahiyyat..solat.

Hanya yang mengkaji dan mukhlis akan menemuinya...


SYAITAN DI GHADIR KHUM...
Malaikat Jibril pun turun membawa firman Allah yang berbunyi..,
"Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu dan telah Kucukupkan kepadamu nikmatKu dan Kuridhai Islam itu jadi agama bagimu. (*QS. al-Maidah :3)

Inilah juga bukti walaupun dipertikaikan, bahawa pemilihan Sayyidina Ali as sebagai pemimpin selepas Nabi saw sudah tersebar luas sebagai telah sempurnanya Islam bila pengganti Nabi saw dari kalangan Ahlul-baitnya ditetapkan Allah sebagai pemimpin umat Islam... sehingga akhir zaman... namun hakikat sejarah yang berlaku adalah sebaliknya...sejarah Nabi-Nabi dahulu berulang kembali... mereka adalah gulongan yang diketepikan secara politik dan pemerintahan tetapi hanya diakui sebagai Nabi2 dan Imam2... (*sila kaji sejarah terperinci jika anda tulus)


Mendengar apa yang dipesankan Nabi saw kepada umatnya berkenaan Ali as, Iblis berteriak keras sehingga syaitan-syaitannya ketakutan dan berkumpul mengelilinginya, mereka bertanya, "Wahai tuan kami, kenapa tuan berteriak sedemikian rupa?"

Iblis berkata, "Celaka! Kita Celaka! Hari yang kamu semua hadapi seperti hari Nabi Isa. Demi Allah akan kusesatkan darinya para makhluk"

Kemudian turun firman Allah kepada Nabi saw, "Dan sesungguhnya Iblis telah dapat membuktikan kebenaran sangkaannya terhadap mereka lalu mereka mengikutinya, kecuali sebahagian orang-orang yang beriman." (QS. Saba':20)

Iblis berteriak lagi, dan syaitan2 dan ifrit2nya kembali dan bertanya, "Kenapa lagi wahai tuan?" Iblis menjawab' "Mampuslah kamu semua! Demi Allah, Dia telah menukilkan perkataanku yang akan masuk ke dalam Al-Qur'aan, Dan sesungguhnya Iblis telah dapat membuktikan kebenaran sangkaannya terhadap mereka lalu mereka mengikutinya, kecuali sebahagian orang-orang yang beriman"



Iblis kemudian mengangkat kepalanya kelangit dan bersumpah, "Demi kemulian dan keagunganMu, aku akan gabungkan 'yang sebahagian' dengan 'yang rata-rata'."

Mengetahui perkataan Iblis itu, Nabi saw pun bereaksi dan mengucapkan, "Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, sesungguhnya terhadap hamba-hamba-Ku anda tidak mempunyai kekuasaan"

Untuk ketiga kalinya Iblis bertempek sebegitu keras, dan syaitan2 ifritnya kembali lagi, "Ada apa lagi wahai tuan?"

Iblis berkata, "Demi Allah akan sahabat-sahabat Ali, perhatikanlah mereka!, Mengadap Allah, Iblis segera melanjutkan dengan sumpah: "Demi kemulian dan keagunganMu wahai Tuhan, aku akan perindahkan kemaksiatan hingga ku buat mereka layak mendapat murkaMu."

Jaminan dari seorang Ahlul-bait Nabi saw, Abu Abdillah yang meriwayatkan hadis itu, bersumpah "Demi yang telah mengutuskan Muhammad dengan kebenaran..., seorang Mukmin lebih kuat daripada gunung, dan orang Mukmin tidak akan meninggalkan Agamanya."

Duhai intan payung...
pertama tahulah kebenaran itu...
kemudian jadilah mukmin sejati...
kita akan lebih kuat dari gunung...

salaam dunia akhirat..

Thursday, January 14, 2010

JIKA ALLAH MENGUTUSKAN NABI....NESCAYA...

Telah masyhur dikalangan orang2 arab, yahudi dan kristian... bahawa jika Allah mengutuskan kita seorang nabi, nescaya ada dikalangan sahabatnya mempunyai tujuh puluh (70) sifat terpuji....

Pernah dizaman pemerintahan Musa al-Hadi al-'Abbasi, telah dilakukan usaha untuk menghimpunkan sifat-sifat keistimewaan Arab pada seseorang yang dapat memenuhi jumlah sebanyak itu.

Diantara yang membuat kajian ini adalah Abu al-Walid Isa bin Bakr ibn Di'bin yang masyhur dengan gelaran Ibn Di'bin. Mereka memikir dan mencari-cari adakah akan terkumpul sepuluh sifat yang terpuji pada seorang lelaki, apatah lagi tujuh puluh sifat...

Mereka tidak dapat mencari sifat-sifat yang terkumpul untuk dunia dan akhirat, melainkan sepuluh sifat terkumpul untuk dunia sahaja bukan untuk akhirat.

Mereka telah mendapati Zuhair bin Hubab al-Kalbi sebagai penyair,doktor perubatan,pahlawan,ahli nujum,seorang yang dihormati (syarif),perkasa,tukang tilik,yang arif tentang nasab,tukang tenung nasib dengan menggunakan burung dan penghalang (zajir). Mereka mengatakan Zuhair telah hidup selama tiga ratus tahun.

Banyak sifat-sifat terpuji secara slogan yang dikemukakan namun bila dibuat kajian terperinci bukti2 sejarah dan riwayat diambil kira. Sebarang kecacatan yang membuktikan sifat sebaliknya terdapat pada insan itu akan membatalkan kiraan tersebut.(sila rujuk sejarah,riwayat dan semua sumber2 keperibadian secara terperinci)

Pengkaji telah memikirkan dan mencari dikalangan orang Arab yang mengetahui ilmu pemikiran (ahli al-Nazar), namun sifat itu tidak terkumpul pada seorang untuk agama dan dunia melainkan pada Sayyidina Ali bin Abi Talib as sama ada mereka suka ataupun tidak. Lantaran itu mereka dengki kepada beliau sehingga merosakkan hati dan amalan mereka. Ali as adalah lebih berhak dan lebih aula daripada mereka, kerana Allah swt telah memusnahkan berhala-berhala musyrikin dengan tangan Ali as bersama Rasul saw. Agama telah menjadi kuat dengan pembunuhan ke atas musyrikin oleh Ali as di dalam peperangan bersama Rasul saw.

Apabila penyenaraian keatas Sayyidina Ali as dibuat....

Ditanya apakah sifat-sifat tersebut (al-Khisal?) Dijawab : keakraban kepada Rasul saw. dan menemaninya (al-Mu'asat li-al-Rasul)(1), mengorbankan diri(2), menjaga kehormatannya (al-Hafizah)(3), menolak kesusahan daripadanya(4), membenarkan Rasul saw dengan janji(5), zuhud dan meninggalkan angan-angan(6), pemalu(7), murah hati(8), kefasihan bercakap(9), kepimpinan(10), lemah lembut(11), keilmuan(12), keputusan yang tepat(13), keberanian(14), meninggalkan kegembiraan ketika menang(15), tidak melahirkan kesukaan(16), meninggalkan penipuan dan kelicikan(17). Tidak mengudungkan anggota badan musuh (al-Muthlah) sedangkan dia mampu melakukannya(18). Kecintaan yang ikhlas kepada Allah swt(19), memberi makan kepada orang miskin kerana mencintaiNya(20).

Memandang rendah kemenangan yang dicapai di dunia(21), tidak melebihkan dirinya dan anak-anaknya di atas seorang pun rakyatnya.(22) Makanannya adalah yang paling rendah yang dimakan oleh rakyatnya (23), pakaiannya adalah yang paling murah dipakai oleh seorang islam (24), pembahagiannya adalah saksama (25), keadilannya pada semua rakyat (26), maju di dalam peperangannya (27), orang ramai pernah menghinanya tetapi dia menganggap hinaan itu sebagai ujian bagi mentaati Allah (28), mempunyai kekuatan menghafaz (29), orang Arab menamakannya sebagai akal sehingga dinamakan dengan telinga yang jaga (uzunun wa'iyah) (30), bersifat pemaaf (31), menyebarkan hikmat (32), mengeluarkan kalimat (33), menyampaikan nasihat (34), keperluan orang ramai apabila dia berada di hadapan mereka (35).

Percakapannya diambil (36), menjelaskan kesamaran kepada orang ramai (37), mempertahankan mereka yang dizalimi (38), menolong mereka yang di dalam kecemasan (39), mempunyai maruah (40), menjaga kehormatan perut dan kemaluan (41), menjaga hartanya dengan baik supaya dia tidak mengguna harta orang lain (42), tidak menunjukkan kelemahan dan penyerahan kepada musuh (al-Wahn wa al-Istikanah)(43), tidak mengadu kesakitan kerana luka-luka yang dialaminya (44), menyembunyikan kelukaannya dari kepala hingga ke kakinya hampir seribu luka pada jalan Allah (45), menyuruh melakukan kebaikan (46), melarang melakukan keburukan (47), melaksanakan hukuman sekalipun ke atas dirinya sendiri (48), tidak menyembunyikan keredaan Allah ke atas anak-anaknya (49), memberi pengakuan kepada orang ramai tentang kelebihannya yang diturunkan di dalam al-Qur'an dan manaqibnya yang diceritakan orang ramai mengenainya daripada Rasulullah saw (50), Dia tidak pernah membantah Rasulullah saw walaupun satu perkataan (51), tidak pernah meninggalkan sebarang fardhu (52), penyaksian orang ramai bahawa dia melaksanakan tugasnya untuk mereka dan menahan dirinya daripada dunia mereka (53), Dia tidak pernah menerima rasuah di dalam penghukumannya (54), mempunyai hati yang cerdik (55), cekal menghadapi tentangan khawarij ke atasnya (56), Dia tinggal seorang diri di atas mimbar masjid sedangkan orang ramai melarikan diri (57).

Orang ramai bercakap-cakap bahawa burung telah menangis kerana Ali as (58), Riwayat Ibn Syihab al-Zuhri mengatakan bahawa batu Bait al-Maqdis bertukar tempat ketika pembunuhan Ali as dan mendapati darah di bawahnya (59), Perkara ini adalah besar sehingga paderi-paderi bercakap-cakap mengenainya, penyeruannya kepada orang ramai supaya bertanya kepadanya tentang fitnah yang menyesatkan seratus orang dan memberi hidayat kepada seratus orang (60), Riwayat orang ramai tentang keajaibannya menceritakan tentang Khawarij dan pembunuhan mereka (61), tidak melahirkan kemampuannya yang luar biasa (62), malah melahirkan tangisan (63), menunjukkan kelemahan diri kepada Allah swt sehingga Rasulullah saw bersabda : Apakah tangisan ini wahai Ali? Beliau as menjawab : Aku menangis kerana keredaan Rasulullah terhadap aku (64). Maka Rasulullah saw bersabda : Sesungguhnya Allah, para malaikatNya dan RasulNya telah meredai anda. Beliau tidak merasa kesejukan pada hari sejuk(65), tidak merasai kepanasan pada hari panas(66), tidak merasai panas dan sejuk, menghunus pedang pada jalan Allah (67), memberi penerangan kepada orang ramai tentang hukum Allah ke atas makhlukNya (68), mempunyai bonggol seperti lembu jantan yang jauh dari dua bahunya, mempunyai dua lengan yang kuat (69), Tidak seorang pun dapat menghadapi Ali as melainkan beliau as menahannya atau membunuhnya (70).


Terlalu banyak jika hendak diperkatakan tentang kemulian Sayyidina Ali as...

Terlalu banyak juga orang yang prejudis,lemah akal menilai dan meremehkan kisah-kisah kemulian beliau yang telah sarat tercatit dalam kitab2 sejarah, kerana beliau adalah pintu ilmu Rasulullah saw, beliau dididik oleh tangan Rasul yang mulia itu... apakah akan jadi mustahil kemulian2 itu jika tangan Rasul itu jugalah yang telah membelah bulan, suatu "energy effect" yang sangat mustahil sehingga ke zaman ini... tetapi ianya telah berlaku... dan kita semua muslim masih percaya...

Penjelasan dan bukti2 kajian terhadap sifat-sifat kemuliaan yang telah dihimpunkan pada Sayyidina Ali as di atas akan kami huraikan di lain masa. Kini kami ingin sudahi entri ini dengan "Kehebatan Hukuman Sayyidina Ali as" yang membuktikan ketangkasan "matematik"nya...

Dua orang lelaki berkumpul untuk makan. Salah seorangnya mempunyai tiga(3) keping roti dan seorang lagi mempunyai lima(5) keping roti. Seorang lelaki datang dan memberi salaam kepada mereka berdua. Setelah kedua2nya menyahut salaam lelaki itu lalu dijemput makan bersama. Apabila selesai makan, lelaki itu berdiri dan memberi lapan(8) dirham kepada mereka berdua sambil berkata : "Ini adalah sebagai ganti kepada kamu berdua terhadap apa yang aku telah makan daripada makanan kamu berdua."

Kedua2nya telah bertengkar mengenai pembahagian pemberian lelaki itu. Lelaki yang mempunyai tiga(3) keping roti berkata : Separuh adalah untuk aku dan separuh adalah untuk anda. Lelaki yang mempunyai lima(5) keping roti pula berkata : Untuk aku lima(5) dirham dengan kadar lima(5) keping roti aku dan untuk anda tiga(3) dirham dengan kadar tiga(3) keping roti anda. Masalah mereka tidak selesai dan terus bertengkar sehingga mereka berjumpa Imam Ali as, Amir al-Mukmineen. Beliau berkata : Sesungguhnya perkara yang kamu berdua tengkarkan ini adalah sedikit nilainya, justeru kamu berdua tidak patut membawanya ke pengadilan.

Kemudian Sayyidina Ali as berjumpa dengan lelaki yang mempunyai tiga(3) keping roti sambil berkata : Aku fikir sahabat anda telah mencadangkan untuk memberi kepada anda tiga(3) dirham, kerana rotinya lebih banyak daripada roti anda, maka redailah cadangannya. Lelaki itu berkata : Tidak, demi Tuhan, wahai Amir al-Mukmineen, aku tidak reda melainkan dengan berlalunya pengadilan. Beliau as berkata : Sesungguhnya jika pengadilan dilakukan, maka anda berhak satu(1) dirham saja. Oleh itu ambillah satu(1) dirham dan berilah kepadanya tujuh(7) dirham.

Lelaki itu berkata : SubhanalLah !! Wahai Amir al-Mukmineen! dia telah mencadangkan kepada aku tiga(3) dirham, aku enggan. Bagaimana aku akan mengambil satu(1) dirham sahaja?? Beliau as berkata : Beliau mencadangkan kepada anda tiga(3) dirham adalah untuk perdamaian, tetapi anda telah bersumpah bahawa anda tidak reda melainkan dilakukan pengadilan.

Jika pengadilan dilakukan, anda berhak satu(1) dirham. Lelaki itu berkata : Berikan penjelasan kepada ku... Beliau berkata : Tidakkah anda mengetahui bahawa tiga (3) yang anda miliki itu adalah sama dengan sembilan(9) dibahagi dengan tiga(3). Dia berkata : Ya. Beliau as berkata : Tidakkah anda mengetahui bahawa lima(5)nya itu adalah menyamai lima belas (15) dibahagi dengan tiga(3)..? Dia berkata : Ya.
Jadi semuanya adalah dua puluh empat(24) dibahagikan dengan tiga(3).

Engkau telah memakan lapan(8), tetamu memakan lapan(8) dan sahabat anda telah memakan lapan(8). Maka tinggallah daripada sembilan(9) anda itu satu(1) dan telah dimakan oleh tamu. Dan tinggal daripada lima belasnya(15) adalah tujuh, dan telah dimakan oleh tetamu. Oleh itu dengan tujuhnya dimakan tetamu, ia mendapat tujuh(7) dirham, dan anda dengan satu anda yang telah dimakan tetamu maka anda mendapat satu(1) dirham...

Pengadilan oleh Amir al-Mukmineen Ali as bukan sahaja menyelesaikan pertikaian kedua-dua lelaki yang bertelagah itu tetapi sekali gus mencengangkan mereka tentang bukti "ketangkasan matematik" beliau as.

Ini adalah salah satu bukti ketinggian ilmu pada "PINTU ILMU NABI" yang disuruh kita mengikutinya selepas beliau. Kami akan datangkan lagi bukti2 yang lebih mencengangkan...

Sekian semoga mendapat bimbingan dan rahmat Allah.
Salaam.

Wednesday, January 6, 2010

PESAN NABI DI MEDAN PERANG : Jika Kau Dapat Mendidik Seseorang...

Suatu Hari di Medan Perang Khaibar... Nabi bersama-sama umat islam sedang mengepong Tembok Khaibar milik orang yahudi yang menguasai ekonomi dan politik pada masa itu... didalam benteng itu ada pahlawan2 handal tersohor seperti Murhab dan Harith... mereka memiliki benteng yang amat teguh.

Umat islam sudah berhadapan dengan yahudi khaibar selama berhari-hari... namun khaibar tidak dapat ditawan... mereka tewas hari demi hari...bekalan sudah kehabisan... pejuang sudah keletihan... semangat semakin hari makin luntur... ada kalangan umat islam yang memuji-muji2 kehebatan yahudi khaibar... keadaan menjadi genting...

Nabi memecah kebuntuan, kerana ia seorang nabi... dengarkan...
Rasul memberitahu bahawa esok beliau akan memberi panji kepada seseorang yang dicintai Allah dan Rasulnya dan mencintai Allah dan Rasulnya.

Pada pagi hari kesembilan Nabi memulakan misi baru...
"Dimana Ali Bin Abi Talib ?"
Ada yang menjawab... "Beliau sedang sakit mata wahai Rasulullah"
Nabi meneruskan... "Panggil saja beliau kemari" Lalu Sayyidina Ali as dibawa kepada Rasul dalam keadaan matanya berbalut.

Disinilah kisah yang masyhur dimana Nabi Muhammad saw telah mengubat mata Sayyidina Ali as dengan air liurnya dan beliau sembuh serta-merta. Nabi memang pemilik mukjizat...

Kemudian Saiyyidina Ali Abi Talib as menyudahkan serbuan ke benteng khaibar sehingga tercatat dalam sejarah, pukulan pahlawan hadapan Nabi ini telah mencantas tengkuk Harith kemudian mencebehkan kepala Murhab dalam tandingan satu-lawan-satu.
(* praktik perang yang biasa dizaman itu sebelum pecah perang seluruhnya)


Indahnya peribadi, Sayyidina Ali as mengajak Harith dan Murhab kepada Islam dengan Hujjah bahawa Islam dan Yahudi adalah dari asal yang satu iaitu Nabi Ibrahim. Berbeza dengan Kafir Mekah yang menyembah berhala...

Namun pelawaan Sayyidina Ali ditolak dengan ejekan lalu pecahlah pencak berpedang, mereka keduanya menerima akibat. Pengaruh kekalahan tandingan satu-lawan-satu menyebabkan orang-orang yahudi bertempiaran ketakutan memasuki benteng khaibar maka disaat itulah serbuan pejuang-penjuang islam menerobos benteng khaibar yang merupakan benteng utama yang tertinggal...
(*selidikilah sejarah kejatuhan benteng khaibar maka anda akan mengenal siapa watak pahlawan "heroic" barisan paling hadapan yang mengkagumkan itu... "Orang yang paling benar adalah orang yang berjihad dibarisan hadapan". Kata orang, sejarah tidak akan menipu... tetapi orang bodoh dan yang terkabur dalam mengkaji tetap akan tertipu...).. ~~*&%@!!..



TETAPI ADA PERKARA LAIN YANG INGIN KAMI UTARAKAN...

Nabi ketika ingin menyerahkan panji perang khaibar kepada Sayyidina Ali as yang dalam keadaan sudah diatas kuda untuk terjun ke medan, saat yang sangat genting lalu Nabi berkata : (dengarkan maksud)

"Bahawa Allah memberikan petunjuk kepada seseorang lelaki dengan perantaraan mu, maka itu lebih baik bagimu dibandingkan seluruh bumi yang disinari matahari"

"...wahai Ali,apa yang hendak engkau lakukan ini sangat penting sekali, kerana engkau menghidupkan Islam. Akan tetapi perlu aku beritahukan bahawa terdapat sesuatu yang lebih penting...

...iaitu memberi petunjuk kepada seseorang dan menjadikannya menjadi seorang manusia. Jika engkau mampu mendidik seorang manusia Muslim dan mempersembahkannya kepada masyarakat, maka ganjaran itu tak kalah banyak dibandingkan peperangan ini..." bahkan, lebih baik bagimu dibandingkan seluruh bumi yang disinari matahari" (*artinya, ganjaran itu lebih besar daripada dunia dan segala isinya.)


inilah yang menjadi "FOCAL POINT" perbincangan kami...

Mengapa ditengah-tengah kegentingan pecah perang khaibar Nabi berpesan tentang "Mendidik seseorang manusia"... Tidakkah ini membuktikan tingginya taraf PENDIDIKAN dan PERANAN PENDIDIK ??

Sehingga pahala ganjaran itu lebih besar daripada dunia dan segala isinya.... dan pendidik adalah juga guru,pensyarah,ketua keluarga,pemimpin disemua peringkat dan sesiapa saja yang sedang diikuti penyampaian ilmunya...

Maka peranan penyampai2 ilmu tentulah termasuk diantara rakan2, bloggers dan siapa saja yang kita berinteraksi dengannya... "Jika engkau mampu mendidik seorang manusia Muslim dan mempersembahkannya kepada masyarakat, maka ganjaran itu tak kalah banyak dibandingkan peperangan ini..."

Lihatlah kesan2 yang dibawakan oleh seseorang yang unggul peribadi dan jasanya ditengah masyarakat bukankah sangat menyelamatkan manusia menurut skala2nya... dan Allah maha pemberi rahmat dan pahala, tidak mustahil orang yang terdidik dan berjasa itu dianugerahi pahala "menyelamat manusia seluruhnya"



Perhatikanlah pula sebaliknya...

"Jika engkau membunuh seorang manusia tanpa hak, maka engkau seperti membunuh manusia seluruhnya..." dan pembunuh itu jika mati tiada taubat akan kekal dalam neraka... *(sila rujuk nas-nas yang berkaitan dengannya)

salah satu nas al-Quran tentang ini...

"Barangsiapa membunuh seorang manusia,bukan kerana orang itu membunuh orang lain, atau bukan kerana orang itu berbuat kerosakan di muka bumi, maka seakan-akan dia telah membunuh manusia seluruhnya. (Quraan,surah an-Nisaa')




KAMI INGIN MENGUTARAKAN TEKNIK "PERCIKAN BUNGA API"...

Didalam sejarah selalu terbukti, bahawa orang boleh tiba-tiba berubah sikap secara drastik menjadi baik... tetapi menurut kajian seringkali ada kejadian2 ilmiah dan pendidikan berlaku sebelum berubahnya seseorang. Kami ingin berkongsi beberapa kejadian perubahan drastik seseorang kerana ada "Percikan2 Bunga Api Ilmu" yang diterima dari seseorang...lalu kesedaran menyala hidup...

1. Kisah Khalifah Umar bin Abdul Aziz

Ketika sebelum pemerintahan beliau amalan mencaci-caci Sayyidina Ali as dilakukan diatas mimbar2 masjid dan ini bermula sejak zaman Khalifah Mu'awiyyah Bin Abu Sufyan lagi. Satu jangka masa pencacian yang sangat lama (* rujuk sejarah islam secara terperinci).Tetapi apabila Khalifah Umar Abdul Aziz mula memerintah beliau telah menghentikan sebarang pencacian kepada Ali Bin Talib dan keturunannya. Hak-hak milik Ahlul-bait juga telah dikembalikan.

Sedangkan semasa bapa beliau penjadi khatib mimbar, amalan pencacian ini terpaksa dilakukan dan bapa beliau mendapat upah untuk itu... tidakkah ini hasil haram yang dibawa kerumahnya lalu diberikan kepada anak, dan anak tersebut akan meneruskan kesalahan yang dilakukan oleh bapanya...

Namun beliau pernah bertanyakan kepada bapanya "Kenapa ketika menyebut nama Ali Bin Abi Talib ayah dilihat kaku dan gementar...?" Jawab ayahnya "Jika orangramai tahu siapa sebenarnya Ali Bin Talib, nescaya mereka tidak akan berada disekeliling kita"

Ternyata dari kajian ilmiah (* sila teruskan sendiri) , Khalifah Umar Bin Abdul Aziz telah diberi "percikan bunga api ilmu" dari gurunya,seorang syaikh yang 'alim dan mencintai Ahlul-bait. Kerana itulah beliau telah menongkah arus di zamannya. Ketika ramai orang membenci atau terpaksa membenci Ahlul-bait Nabi beliau telah bersikap sebaliknya walaupun berada ditengah2 gelumang kemewahan yang mencabar.

Katanya: "Jika aku baik,maka sesungguhnya pengajarlah yang menyampaikan aku kepada keadaanku sekarang ini"

Katanya lagi: ...."Sebuah percikan bunga api telah terlontar dari seorang pengajar (guru) ke otakku"

2. Kisah Mu'awiyyah Bin Yazid

Apabila Yazid Bin Mu'awiyyah meninggal dunia, orangramai telah mengangkat anaknya Mu'awiyyah Bin Yazid sebagai khalifah. Yazid yang terkenal dengan kisah lagenda kehidupan yang mewarnai kemewahan hidup sebagai khalifah (* sila rujuk sejarah) yang amat kontroversi (seperti kisah2 karbala dan selepasnya), orangramai hanya dapat meramalkan Mu'awiyyah Bin Yazid akan terus saja mengikut rentak kehidupan ayahnya...

Namun bila Mu'awiyyah Bin Yazid naik ke atas mimbar beliau berkata "...jika kamu inginkan seorang khalifah yang sebenar bukannya aku ataupun Yazid ayahku, pergilah kepada Imam as-Sajjad as di Madinah... beliaulah khalifah Nabi saw yang sebenar..."
(* Imam as-Sajjad adalah cicit Nabi anak Sayyidina Hussein as)

Lantas mereka telah menyiasat dari manakah datangnya pendirian Mu'awiyyah Bin Yazid ini... setelah diketahui beliau telah berguru dengan seorang 'alim yang menceritakan kisah sebenar mengenai Ahlul-bait,ajaran dan hak2 mereka, maka syaikh yang 'alim itu telah mereka kebumikan hidup-hidup.(*rujuk sejarah penderitaan perjalanan hidup keluarga Nabi dan orang2 yang menyokong mereka)

Inilah peranan pendidikan melalui "percikan2 bunga api ilmu" yang dapat menghidup nyalakan pemikiran dan kesedaran seseorang walaupun sedang hidup diluar lingkungan kehidupan islamik...

Kerana dapat merubah manusialah maka Nabi berpesan kepada Sayyidina Ali as ditengah2 medan perang supaya "mendidik seseorang manusia..." dan kerana percikan2 api ilmu yang sedikitlah dapat membantu kalangan rakan2 dan saudara2 kita supaya berubah menjadi baik walaupun sedang hidup dalam suasana keluarga dan masyarakat pro-maksiat.

PERCIKANLAH PADA MEREKA... agar dengan izin Allah akan menangkap dan menyala bersama keikhlasan hati kecil mereka maka kita dan mereka boleh berubah menjadi baik...





HUKUM GENETIK, LINGKUNGAN, KESAN MAKANAN DAN PENDIDIKAN KELUARGA

Pakar-pakar ilmu jiwa telah menghuraikan secara terperinci bahawa keempat-empat faktor ini akan dibawa bersama-sama seseorang dalam hidupnya tanpa dapat dia tinggalkan dengan mudah.

Misalnya secara GENETIK seseorang akan membawa perangai sombong ayahnya jika ayahnya seorang manusia egois. Sifat-sifat lahir dan batin kedua orang tua akan berpindah kepada anak-anaknya melalui gen-gen yang membawa sifat-sifat keturunan.

Begitulah juga kesan-kesan terus dari faktor2 LINGKUNGAN (jenis apakah kehidupan yang dilalui), KESAN MAKANAN (haram-halalnya serta khasiatnya) dan PENDIDIKAN KELUARGA (jika keluarga berpoya cinta dunia, maka begitulah akan diwarisi oleh anak-anaknya.)



NAMUN MENARIKNYA : KEEMPAT-EMPAT FAKTOR INI HANYA DAPAT DIBATALKAN OLEH "KESAN PENDIDIKAN" KEATAS SESEORANG (*seperti contoh2 yang telah kami selitkan diatas)

Benarlah bahawa "Percikan api ilmu dan pendidikan" dapat menyalakan kesedaran kepada seseorang lalu memungkinkan beliau merubah hidupnya... seolah-olah diberi peluang keemasan pada yang sedang dibelenggu keempat-empat faktor tersebut.


Namun semua sudah maklum bahawa untuk menyampai sesuatu ilmu mestilah dipastikan ilmu itu sahih bertepatan dengan hakikat kebenaran. Jika tidak kita akan menyebarkan percikan yang memadamkan jiwa murni dan kesannya juga berterusan tersebar...

Sewajarnya kita perhalusi peranan sebagai pendidik dan penyampai ilmu supaya bersedia awal dengan kajian/bahan2 yang lengkap sebelum mengajar, berakhlak mulia agar dapat dicontohi dan selari dengan ilmu yang disampaikan...
barulah "Percikan kita Menjadi"


KATA MUTIARA mengalunkan....

"Jadilah engkau para penyeru manusia dengan amal perbuatanmu, dan janganlah engkau menjadi para penyeru manusia dengan lidah-lidah mu..."


Sekian, wassalaam.









Tuesday, January 5, 2010

SATU LAGI BUKTI : TELAGA YANG TAK PERNAH KERING...

Satu deligasi Nasrani dari Negeri Syam telah datang menemui Sayyidina Ali as. Kata Seorang dari mereka "Aku adalah orang yang berilmu ditempat ku". Beliau mengungkapkan tentang kehebatan Sayyidina Ali as dan menyatakan kebimbangan jika suatu hari Sayyidina Ali as dibunuh, maka kata beliau "ajarkanlah aku ilmu.."

Maka berkata Sayyidina Ali as : "Baiklah"

1. Beliau pun memulai.. "Barangsiapa yang melalui dua hari dan kedua2 hari itu sama sahaja (tiada bertambah ilmu dan amalnya) maka adalah hidupnya celaka"

2. Katanya lagi.. "Barangsiapa membiarkan akhiratnya (menangguh2 urusan akhiratnya) maka dia orang yang celaka"

3. dan lagi.. "Barangsiapa tidak memberi perhatian pada dirinya sendiri (marwah dan badannya), dia telah kalah maka lebih baik meminta mati sahaja".

4. sambungnya.. "Wahai Syaikh.. dunia ini manis dan hijau dan ada ahlinya.. ahli akhirat tidak terbenam dengan dunia dan tiada takut hilang segala nikmat yang sedang dikecapinya".

5. beliau berpesan lagi.. "Wahai Syaikh.. engkau redha terhadap manusia seperti engkau redha pada dirimu".

Kata Syaikh kepada kawannya... " Tanyalah Imam Ali, kerana beliaulah PERIGI YANG TIDAK PERNAH KERING... "

6. Lalu berbicaralah sahabat Syaikh itu yang bernama Zaid bin Sauhan al-Abadi "Wahai Imam Ali, penguasa mana yang paling menang dan paling kuat ?" Jawab Sayyidina Ali as " Penguasa yang paling menang dan paling kuat adalah mati, dan penguasa yang paling lemah adalah yang paling memberatkan kepada dunia".

7. Zaid bertanya lagi " Siapakah fakir(miskin) paling dahsyat..?" Sayyidina Ali as menjawab " Fakir paling dahsyat adalah jadi kafir setelah beriman".

8. Zaid menyambung.. " Apakah da'wah yang paling menyesatkan..?" Dijawab: " Da'wah yang paling menyesatkan ialah da'wah kepada yang tidak pernah ada (bid'ah) " *baca: segala penambahan2, perubahan2 dan versi2 palsu dalam ibadah selepas wafat Nabi. Kerana itu Nabi telah memperkenalkan insan2 suci (ahlul-baitnya) sebagai penjaga kesucian ibadah dan ilmu islam dari sebarang penyelewengan... rujuk hadis thaqalain - Sabda Nabi "Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang kamu tidak akan sesat selagi berpegang kepada kedua2nya, Al-quran dan Ahlul-baitku".

9. Zaid bertanya seterusnya.. "Apakah amal yang paling baik..?" Dijawab: " Taqwa".

Zaid dan seluruh deligasi Nasrani itu menjadi lunak dan tidak henti-henti bertanya soalan2 yang mendapat jawapan2 terbaik dari sessi tanya-jawab itu...

10. Tanya: " Apakah amal paling berjaya " Jawab: " Menuntut apa yang ada di sisi Allah ".

11. Tanya: "Siapa sahabat paling buruk..?" Jawab: "Dia yang cuba memperindah-indah maksiat kepadamu".

12. Tanya: "Makhluk paling tidak senang?" Jawab: "Yang menjual agamanya untuk dunia".

13. Tanya: "Manusia paling kuat?" Jawab: "Manusia yang paling sopan-santun".

14. Tanya: "Manusia paling kedekut?" Jawab: "Orang yang menguasai harta orang lain dan dihamburkan kepada yang sia-sia".

15. Tanya: "Manusia paling adil?" Jawab: "Orang yang memandang hidayah setelah dizalimi" *baca: orang yang setelah menghadapi kezaliman tetap mencari-cari jalan terbaik untuk menangani kezaliman itu bukan berpaksikan dendam.

16. Tanya: "Manusia paling lemah-lembut?" Jawab: "Orang yang tidak dapat dibuat kemarahan oleh orang lain"

17. Tanya: "Manusia paling 'arif?" Jawab: "Orang yang tidak boleh ditentukan dirinya oleh orang lain dan tidak boleh diubah dirinya oleh suasana buruk disekelilingnya".

18. Tanya: "Manusia paling bodoh?" Jawab: "Orang yang terus mengejar dunia dan melihat dunia menjadi tujuan utama"

19. Tanya: "Manusia paling menyesal?" Jawab: "Orang yang telah mengharamkan dunia dan akhirat kepada dirinya".

20. Tanya: "Manusia paling buta?" Jawab: "Orang yang beramal bukan untuk Allah tetapi mengharap-harapkan pahala dari Allah"

21. Tanya: "Apakah kepuasan paling baik?" Jawab: "Orang yang merasa puas dengan apa yang diberikan Allah kepadanya".

22. Tanya: "Apakah musibah paling dahsyat?" Jawab: "Musibah paling dahsyat adalah musibah terhadap agama".

23. Tanya: "Apakah amal paling dicintai Allah?" Jawab: "Menjaga hawa nafsunya dan kehormatannya".

24. Tanya: "Manusia terbaik di sisi Allah?" Jawab: "Orang yang ketakutan keranaNya, beramal dengan taqwa dan zuhud tentang dunia".

25. Tanya: "Apakah Perkataan terbaik?" Jawab: "Banyak zikir dan kemudian tunduk merendahkan diri kepada Allah".

26. Tanya: "Apakah Perkataan paling benar?" Jawab: " Shahaadatu Laa Ilaaha illAllah".
*baca: Mengucap dan bersaksi tiada tuhan melainkan ALLAH.

27. Tanya: "Amal paling agung disisi Allah?" Jawab: "Salam, bersejahtera dan wara' ".

28. Tanya Zaid ibn Sauhan al-Abadi seterusya... " Siapakah manusia yang paling benar..?" Dijawab Saiyyidina Ali as... "Orang yang paling benar adalah yang berjihad dibarisan hadapan..."

Demikianlah suatu "dailog hebat" yang hanya mampu kami sampaikan sekadarnya dengan bahasa yang sangat ringkas... namun ternyata inti kepadatannya ialah "bahawa deligasi Nasrani Yaman itu kehabisan soalan... dan soalan2 yang mereka ajukan dapat kita tumpang jawapannya dari TELAGA YANG TIDAK PERNAH KERING..."

Jika perkataan TELAGA kurang menyengat di zaman paip air serba moden ini, nilaian AIR tidak terasa hebat jika dibandingkan di tengah padang pasir tandus yang panasnya mencekik.., maka perkataan LOMBONG EMAS mungkin lebih menguja kita terhadap peribadi insan mulia "PINTU ILMU" yang telah diisyaratkan oleh Nabi Muhammad saw supaya kita segera melaluinya.

Sewajarnya kita gali LOMBONG EMAS itu dan dapatkan hasilnya...
Jangan pula kita asyik dengan mendebati orang lain tentang hebat tak hebatnya Sayyidina Ali as dan keturunannya, lalu kita tidak mengambil manafaat sedikitpun emas di Lombong yang kita sudah pun berada diatasnya....

sedangkan orang2 lain masih sedang menggali-gali entah kemana-mana.....

Selamat menghirup ilmu dari TELAGA YANG TIDAK PERNAH KERING... solawaat.



Wednesday, December 30, 2009

TANDA KEBENARAN

SALAAM MUSLIM SEMUANYA...


SUATU FENOMENA UNGGUL

Suatu fenomena yang dahsyat telah berlaku dan terus berlaku sepanjang sejarah sehingga Allah tentukan... bahawa pertikaian pendapat dan mazhab mencapai puncaknya dalam kehidupan atau zaman yang dilalui oleh seseorang...

Seringkali terjadi bahawa yang menjadi penilaian adalah rupa wajah, impak2 activiti, lebam2nya dahi tanda sujud dan lain2 lagi bagi menunjukan kebenaran atau kebatilan... lalu disungguhi apa yang dikaitkan dengan rupa2 tersebut.. sebagai salah atau betulnya pegangan seseorang.

Kalau begitulah ukurannya... apakah dapat dikatakan bahawa "jika tanda bersih muka, putih jernih" sebagai tanda seorang itu didalam kebenaran dan rahmat Allah?? "

Maka tentulah dapat dikatakan juga bahawa orang2 kafir yang lebih putih,jernih berkilau mukanya dari kita berada dalam kebenaran dan rahmat Allah.. dan tentunya ini tidak dapat diterima AQAL sihat sebagai seorang muslim.

Oleh itu benarlah kebenaran itu mesti diukur dengan ilmu,hujjah2 yang dibuka semuanya,dibentangkan dan didebatkan sehabis2nya... sehingga terserlah kebenaran itu pada aqal yang waras dan jangan dihalang atau "escapism" walau sedikitpun dalam pembentangan itu demi mencari tanda2 kebenaran...

Maka tiada alasan lagi kita tidak memperolehi kebenaran dengan jalan KAJIAN ILMIAH, PERBANDINGAN MENYELURUH, PEMERHATIAN SEMUA SUMBER2 DAN PENGHUJJAHAN MENCARI TITIK KEBENARAN SERTA SEGALA SEMPADAN2NYA.

ALLAH dengan izinNya pasti akan menemukan kita dengan kebenaran yang seringkali tersembunyi dan disembunyikan... Selamat menyingkap tabir demi kebenaran..
SALAAM.

APAKAH MASUK AQAL...

SALAAM..



Apakah kita cukup bersedia untuk memasuki daerah "perbandingan mazhab atau pandangan2"... Ilmuan akan mengatakan anda mesti sudah sarat dengan ilmu sebelum memasuki arena tersebut.



Namun hati kecil kita pasti tertanya "Apakah perlu sebelum matiku aku mengetahui hasil perbandingan mazhab demi tujuan memilih kebenaran" dan Tuhan juga selalu berpesan dalam kitab suci Al-Quran... "Gunakan Aqalmu..." berkali-kali tanda perlunya memerah otak dalam masa berfikir.. apa lagi dalam hal memilih jalan yang hak dan menyelamatkan kita di akhirat.



Dengan kata lain KAJIAN adalah sesuatu yang mendesak dalam mencari yang HAK. Semua mukmin meyakini bimbingan Allah adalah diperlukan dan keikhlasan juga syarat mendapat hidayah... Maka doa,keikhlasan,kajian dan menggunakan aqal sepenuhnya adalah komponen yang mesti ada untuk meraih petunjuk/kebenaran dan kejayaan/keselamatan di akhirat.

Cuba uji "Aqal" kita dalam menganalisa...



Misalnya seorang pengkaji telah menghujahi saya... "Apakah masuk aqal, apabila Nabi menyampaikan suatu ajaran 'ibadah contohnya solat, atau lebih spesifik : bacaan dalam tahiyyat.. maka terdapat versi yang berbagai2 (sila rujuk kitab fiqah) yang nabi ajar... "




PENA ILMU SUDAH TIDAK BEBAS LAGI......


Inilah tuntutan2 pengkajian yang mesti kita lakukan sebelum menyatakan apakah salah atau benarnya pandangan2 yang berada dihadapan kita... dan Doa,Bimbingan ALLAH,KAJIAN dan AQAL sihat menjadi pertaruhan kita.... SELAMAT MENGKAJI....





Sunday, September 27, 2009

PESAN DARI SEORANG INTELEK YANG AGUNG...

…..bahwa janganlah kau menyembah ilmu.

Dulu di Zaman Pertengahan (sebelum abad 16, 17 dan 18 Masehi) dunia barat dikuasai oleh kelas atasan yang merupakan intelek yang beragama (paderi-paderi kristian) dan memimpin masyarakat kearah penyembahan kepada Tuhan.

Masyarakat bawahan mengikut intelek yang memimpinnya dengan menyembah Tuhan.

Dua (2) faktor besar telah merubah sejarah…..

1) kelemahan kandungan2 ajaran kristian yang telah diubah2 sehingga gulongan paderi sering kehilangan pengaruh.
2) Munculnya pemikir2 besar seperti Kepler dan Galileo yang jenius melawan intelek2 religius yang menguasai, namun pemikiran mereka ditentang pada awalnya dan perlahan2 diterima setelah beberapa lama, menjadi aliran pemikiran kaum terpelajar di masa depan.


Gulongan baru ini berjaya menyingkir intelek religius sebelumnya dari masyarakat. Jiwa mereka (gulongan terpelajar baru) mempunyai kekuatan. Mereka berjaya menguasai masyarakat bawahan. Tetapi mereka menyembah ilmu pengetahuan bukan Tuhan.

Menurut hukum ini umumnya kaum terpelajar tidak semestinya bersifat religius !
Sebaliknya di Zaman Pertengahan kaum intelek semuanya religius.

Agama hanya menjadi milik kaum awam. Landasan penyembahan kaum terpelajar adalah penyembahan ilmu pengetahuan. Mereka hanya percaya kepada sesuatu yang mereka fikir dan capai melalui ilmu pengetahuan dan pengalaman. Mereka tidak begitu menerima hal-hal yang tidak dapat dicapai melalui ilmu pengetahuan dan pengalaman walaupun ada didalam kitab2 suci.

Gulongan terpelajar semakin dekat menuju dasar dan prinsip penyembahan ilmu pengetahuan dan semakin jauh dari agama juga semakin jauh dari masyarakat awam.

Malangnya kita mengikut barat dalam banyak hal. Kemunculan gulongan terpelajar kita yang tidak religius dan menyembah ilmu pengetahuan tidak terkecuali menduduki tingkat teratas dalam struktur masyarakat kita. Budaya kita kini menyembah CEO, ilmu2 dan pengaruh2nya untuk menangani semua masaalah dan kemajuan yang kita capai.

Memang kaum terpelajar kita beribadah dan bersembahyang tetapi dalam seluruh kehidupannya mereka menyembah ilmu pengetahuan yang dianggap agung dan bukan menyembah Tuhan.

Jikalau mereka membuat sesuatu analisis pun mereka mengutamakan keagungan/kehebatan ilmu2 itu bukan Tuhan, Kebenaran dan Hakikat2 yang ternyata jika di kaji bongkar sepenuhnya.

Ambil contoh mudah : Jika ditawarkan suatu thesis tentang peristiwa “Ghadeer Khum”…..

Belum tentu kaum intelek kita dapat menaganinya, kebenarannya, keabsahannya dan keterlindungannya didalam lipatan sejarah yang telah disembunyikan lebih dari seribu tahun. Mengapa terjadi demikian sukar…?

Kerana ini adalah perkara “berurusan dengan Allah”, “Arahan Allah”, “kebenaran”, “hidayah yang perlu dipohon”, "meninggalkan ego / rasa hebat ilmu mengatasi kebenaran" dan perlunya meninggalkan segala bentuk cinta dunia demi Tuhan . Maka ia bukan semata-mata intelektualism dan kajian….

Kerana itulah menyembah Allah dan menyembah ilmu pengetahuan adalah dua keadaan yang jauh berbeza tetapi dilihat hampir2 sama menuju Allah.

Wahai Tuhan… bimbinglah kami pada perkara2 yang jauh dari jangkauan kami…..

Selamat menyelamatkan diri…
Salaam.
Ibnu Sa’eed.