Thursday, April 10, 2008

MENGAPA PERLU MENGKAJI

Ada satu masa yang paling sukar dalam hidup kita. Saat itu paling sukar dan tidak mungkin dapat dibandingkan dengan saat-saat yang mana pun dalam hidup. Pada saat itu kita mengharapkan pertolongan atau bantuan dari orang lain atau dari kewibawaan kita dan pada saat itulah juga sebarang bentuk kajian tidak mungkin dapat dilakukan lagi.


Pada yang sudah mengetahui atau pun belum, saat tersebut adalah apa yang dipanggil "sakaraatul maut" atau ruh sudah sampai ke halqum. Ini sajalah masa di mana sebarang kajian atau pengajian juga amalan tidak dapat dilakukan lagi. Maka sebelum dari saat itu kita mempunyai kesempatan untuk melakukan sesuatu.


Termasuklah juga menilai semula kefahaman dan pegangan yang kita anuti selama ini. Apakah benar-benar sahih ataukah sebaliknya...... kerana saat itu belum sampai lagi.

Blog yang sekadarnya ini mengajak anda kepada perspektif mengkaji dan menguji fahaman dan anutan kita. Apakah benar-benar sahih atau sebaliknya.


Semoga kita diberi hidayah dan rahmat oleh ALLAH s.w.t


Wassalaam.

No comments: