Tuesday, June 3, 2008

START-UP "SIMPLIFIED ARABIC GRAMMAR"

Assalaamu'alaikum..

Alhamdulillah Wa bihi Nasta'een. Saudara Rafi'ei sudah bersedia dengan buku text David Cowan, kita terus kepada perbincangan.


Untuk permulaan ada 6 perkara yang mesti dilakukan sepanjang proses pembelajaran.

1. Pelajar mesti boleh menulis Arab dahulu sebelum memulakan Lesson 1. (Jika belum mahir
sila lihat muka 1 (The Arabic Alphabet), fokus kepada kemahiran menyambung huruf. Perhatikan kepada sambungan/ekor seperti huruf "Saad" bila ditengah.

2. Lesson mesti di lalui mengikut turutannya.

3. Transcription (ejaan dlm english utk memudahkan sebutan) akan diberikan sehingga
Lesson 10. Bererti pelajar mesti cepat boleh membaca terus dari tulisan Arab (tanpa melihat transcription lagi).

4. Pelajar mesti ada 3 buku nota.

i) Buku 1 - nota pelajaran, contoh2 perkataan@ayat dan latihan2 mengikut lesson.
ii) Buku 2 - vocab "alphabetically index" untuk menulis setiap perkataan baru yang
diambil dari lesson dengan maknanya (dlm BM atau BI)
iii) Buku 3 - vocab "alphabetically index" untuk menulis "paradigms of verbs" iaitu
pengembangan kata perbuatan "fi'il" (conjugation of verbs) - akan diterangkan dan
digunakan bila sampai lesson 8.

5. Pelajar mesti menulis latihan2 mengikut lesson dan bahan2 yang beliau kumpulkan.
Semua tulisan Arab yang ditulis semula dari contoh2 @ latihan2 mesti tanpa baris. Ini akan
melatih pelajar kemahiran membaca tanpa baris seperti kitab2 dan manuscript2.

6. Pelajar akan diperkenalkan dengan sebuah kamus istimewa bila sampai lesson 8. Ini akan memudahkannya mencari maksud semua perkataan Arab hanya dgn mengetahui "pattern"
sahaja.

Jika perancangan seperti di atas diikuti dengan betul pelajar akan memperolehi kemahiran Bahasa Arab yang baik dan boleh terus berjalan dengan sendiri "self learning in Mastering Arabic".

Pengalaman kami telah membuktikan dengan fokus, komitmen berterusan sehingga habis Lesson 14, pelajar sudah memperolehi skil "Arabic Grammar" yang menakjubkan.


Sekian dulu, sila respond kepada keenam2 perancangan di atas untuk perbincangan selanjutnya. Jika gagal respond pada comment, sila hantar ke zulmsa@gmail.com

Wassalaam.

Zulsaid.