Assalaamu 'alaikum dan Salaam sejahtera.
Sahabat yang sudah mengikuti perbincangan "nahu arab" samaada dengan belajar bersemuka atau melalui nota2, buku2,video dan blog, sebaiknya menggunakan @ "apply" apa yang telah dipelajari dengan menelusuri al-Quran, kitab2 arab atau sebarang pembacaan bahasa arab.
Amat jarang sekali pelajar (informal) yang cuba menggunakan apa yang telah dipelajarinya dengan membuat latihan, menterjemah atau mengarang ayat2 dalam bahasa arab bagi topik2 yang baru dipelajarinya. Hasilnya ilmu alat ini tidak mantap atau hilang begitu sahaja.
Antara jalan pintasnya supaya tidak tersia, carikan bahan2 mudah, atau ayat2 mudah dalam al-Quran yang melibatkan topik2 atau komponen nahu yang sudah dipelajari dan teruskan budaya ini (application) yang merupakan matlamat ilmu alat itu (yakni bahasa arab).
Kalau ada guru/rakan mahir bahasa arab yang membantu akan lebih efektif dan cepat.... selamat meneruskan cabaran menguasai bahasa arab....
Ringkasnya "Self Learning" masih merupakan kekuatan untuk penguasaan sepenuhnya. Begitu juga dalam proses untuk menggunakan kekuatan bahasa arab bagi memahami maksud al-Quran yang tepat memerlukan guru, sikap mencintai kajian untuk memilih kebenaran dan tentunya doa serta bimbingan Allah merupakan komponen yang dapat melepaskan kita dari kegawatan kepelbagaian fahaman-fahaman dan sumber2 ilmu dalam islam..... hanya Allah yang dapat menolong, maka pohonlah sepenuh ikhlas padanya supaya dibukakan hijab2 yang mengelirukan... semoga terus mengkaji.... Wassalaam.
Monday, April 27, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)