Thursday, April 10, 2008

Bagaimana untuk mula belajar Bahasa Arab

Bahasa Arab secara umumnya terbahagi kepada tiga jenis:-

1. Bahasa Arab percakapan

2. Bahasa Arab Moden - seperti yang digunakan didalam surat khabar, radio,
majalah, buku-buku moden dan ucapan di khalayak ramai.

3. Bahasa Arab Klasik / Bahasa Arab Qur'ani - tidak digunakan dalam dunia pembacaan moden dan percakapan harian namun mempunyai hubungan
yang saling membantu.


Blog ini hanya akan fokus kepada jenis yang ketiga. Dengan kesungguhan pelajar, jenis yang pertama dan kedua akan dapat dikuasai serentak. Bahasa Arab Klasik atau Qur'ani akan dapat mendekatkan kita kepada pemahaman Qur'an dengan lebih mudah dan meneroka dunia ilmu Islam dengan lebih mantap.



Seterusnya bagaimana kita harus bermula...

Untuk memudahkan pengajian terutama bagi yang jarak jauh, medium blog ini sebaiknya dimanafaatkan. Kami akan menggunakan bahan rujukan yang paling berkesan iaitu sebuah buku dalam bahasa Inggeris "An Introduction to Modern Literary Arabic - by David Cowan". Bagi yang tidak berbahasa Inggeris, kelas pengajian adalah diperlukan.

Sila dapatkan buku tersebut untuk kita memulakan pengajian. Buku ini agak sukar didapati di Malaysia, tetapi mudah didapati melalui internet dan kadang-kadang dijual "second hand". Sila dapatkan satu naskah.


Selamat Maju Jaya.
Wassalaam.





3 comments:

Ibnu Sa'eed said...

trialfdgd

Unknown said...

Assalamualaikum,

Wah dah ada blog! Alhamdulillah. Ana tengah order buku tu, Insyallah kalau dah dapat nanti ana aku consult anta. _ Rafei

Ibnu Sa'eed said...

Wa'alaikumussalaam. w.b.t.

Blog ini buat masa ini khusus untuk antum.. semoga diberi kekuatan oleh ALLAH kepada kita untuk terus berusaha.

Wassalaam.