Tuesday, August 4, 2009

KAJIAN DEMI KAJIAN

Salaam,
Alhamdulillah Wabihi nasta'een.

Melalui kata "kajian" terlalu banyak perkara yang perlu dimasukan ke dalam skop ini. Perkara-perkara yang belum diketahui , sedang dianalisa (belum dirumus) juga termasuk perkara yang sudah dianggap maklum tetapi masih ada kemungkinan tersalah informasi atau salah interpretasi masih termasuk dalam gelanggang pengkajian.

Sepanjang sejarah bukti telah jelas menunjukan rantaian maklumat melalui Nabi-nabi adalah dianggap paling meyakinkan dan tidak dapat dipatahkan hujah2nya kerana kebenaran terbukti melalui mukjizat ayat2 wahyu Allah (kiatb2 dan AL-Quran), Hadis2, catitan sejarah, logika yang sahih jika didebatkan dan rantaian hubungan informasi "link / information flow" yang tidak dapat digugat kebenarannya.

Dahulu umat Yahudi telah meletakkan posisi Nabi Ismail diganti Nabi Isyak, menyebabkan mereka telah hilang konsistensi maklumat(yakni maksud2 wahyu dari kitab Taurat) yang telah jelas mengisyaratkan tentang "Nabi Terakhir" melalui jaluran Nabi Ismail bukan jaluran Nabi Isyak. Begitu juga maklumat2 tentang kelahiran "Sang Penyelamat Akhir Zaman" yang diisyaratkan dalam kitab mereka akan juga lahir dari jaluran keturunan "Nabi Terakhir".

Akibatnya mereka terpaksa meletakan posisi2 itu kepada watak2 lain seperti yang berlaku kepada Nabi Isyhak dan Nabi Ismail. Mereka seperti sedang menunggu di sungai kering yang alirannya sudah beralih kepada Nabi Ismail. Tidak akan ada aliran "Sang Mesiah" penyelamat akhir zaman melalui aliran "sungai kering" itu, kerana "sang penyelamat" itu adalah
"Al-Mahdi" mengalir dari keturunan Nabi Muhammad "Nabi Terakhir" yang kedua2nya sudah diisyaratkan dalam kitab mereka.

Fenomena ini juga berlaku kepada Umat Kristian dengan meletakan posisi "Nabi Akhir" kepada watak Nabi Isa dan "Sang Mesiah - penyelamat" kata mereka adalah Nabi Isa kedua yang akan menyelamatkan dunia di akhir zaman.

Diatas tapak ini, iaitu "Memililh Satu2 Jaluran" atau "Berada Diatas Satu2 Jalan/Keyakinan" relevannya kita menguji kembali atau sentiasa menguji....... jalan, jaluran, pandangan atau mazhab yang kita sedang dukungi dengan menganalisa sepenuhnya isyarat2 Al-Quran, Hadis dan catatan sejarah yang sama mencabar jika dibandingkan dengan sistem maklumat yang ada di pihak umat yahudi dan kristian di zaman mereka. Aqal yang sohih dan logika semulajadi anugerah Allah akan dapat menganalisa dan merumuskan hasil-hasil kajian asalkan kajian adalah sedalam2 dan sebebas-bebasnya...

Semoga Allah akan membantu dan membimbing kita melalui fasa ujian dunia yang hebat dan kekalutan pandangan antara kepelbagaian mazhab islam yang sangat mencabar ini dan akhirnya bertemu juga dengan cahaya Muhammad yang suci dan benar itu....

Wahai Allah dan Nabi temukankanlah kami (sentiasa) dengan Agamamu yang sebenar... Ameen.

Wassalaam.
Zulsaid untuk KAJIAN.

No comments: