Tuesday, August 11, 2009

WASYI NABI... istilah yang sangat asing pada kita

Suatu perkara telah menuntut untuk dijadikan "Kajian". WASYI NABI.
Wasyi perkataan arab yang membawa maksud penerima wasiat, penyambung semua urusan2 kenabian dan kepimpinan terhadap umat yang ditinggalkannya.

Dirawayatkan bahawa Nabi Sulaiman as ketika wafatnya telah meninggalkan empayar pemerintahan yang sangat besar. Beliau juga meninggalkan seorang "wasyi" yang bernama Ashif Bin Barkhia (Beliau terkenal seorang yang dapat membawa istana Ratu Balqis sekelip mata dihadapan Nabi Sulaiman, seperti yang disebut kisahnya di dalam Al-Quran). Namun malangnya Umat Yahudi yang dominan telah melarikan kepimpinan dari "wasyi nabi" itu "bila wafat nabi" dan meletakkan kekuasaan kepada orang lain yang menjadi musuh Nabi Sulaiman as semasa beliau hidup. Terdapat juga satu gulongan yang melantik anak Nabi Sulaiman as sebagai pemimpin mereka. Maka terjadilah punca pertelingkahan dalaman bangsa yahudi yang membawa kehancuran empayar mereka pada hal "wasyi nabi" yang dipilih Allah melalui isyarat Nabi Sulaiman as sudah jelas terpilih. Berulanglah sejarah manusia mengenepikan pilihan Allah dalam hidup mereka lalu berkembanglah penyelewengan2 bangsa yahudi yang telah meninggalkan "wasyi nabi"...

Mereka telah diserang oleh kuasa2 luar diantaranya kerajaan Mesir, Babilonia, Persia, Romawi dan Islam. Akhirnya bangsa yahudi bertebaran di merata pelusuk dunia dan kini mereka cuba untuk kembali dengan menegakkan negara Israel untuk mengulangi kegemilangan empayar mereka. Di sepanjang sejarah itu gulungan yang mengikut "wasyi nabi" meneruskan kepatuhan mereka demi menjaga kesucian agama dan arahan Allah sehingga bertemu nabi2 lain - Nabi Zakaria as, Nabi Yahya as (yang disembelih oleh gulongan penentangnya) dan wasyi2 seterusnya sehinggalah mereka mengikuti isyarat2 kitab mereka bahawa jaluran Nabi dan wasyi akan mengalir seterusnya dari Bani Ismail as (anak Nabi Ibrahim as) yang akan melahirkan "Nabi Terakhir" dan "Penyelamat Akhir Zaman" yang disepakati pengikut ajaran langit yang asli dan umat Islam sebagai "Al-Mahdi".


Pada peristiwa seterusnya di zaman Nabi Isa as yang telah cuba dibunuh oleh umatnya. Beliau telah meninggalkan "wasyi" dari kalangan Hawariyyun untuk di patuhi dan dijadikan pemimpin selepasnya. Namun bangsa nasrani pula sekali lagi mengulangi sejarah mengenepikan "wasyi nabi" demi merebut kekuasaan keatas umat. Maka berlakulah perkembangan2 selanjutnya mereka mencipta tamaddun dan penyebaran ilmu2 dalam keadaan mereka meninggalkan "wasyi" yang telah dilantik oleh nabi.

Suatu kajian terperinci perlu dibuat tentang karakter-karakter umat dan kesannya, hasil dari merebut kekuasaan dari "wasyi nabi" supaya tidak menjadi pemimpin umat, menyisihkan mereka lalu dominasi dari segenap segi, penyebaran ilmu dan manipulasi dalam masyarakat menyebabkan umat tidak mendapat akses kepada jaluran langit yang dibawa oleh "wasyi nabi".

Seringkali berlaku tiada konsistensi ilmu dan maklumat langit yang berlaku pada umat apabila jaluran2 "wasyi nabi" di sisihkan kerena merekalah pemegang sebenar ilmu dan maklumat2 tersebut yang diwarisi dari nabi.

Sekian dulu... selamat mengkaji.
Salaam.

No comments: