Suatu Hari di Medan Perang Khaibar... Nabi bersama-sama umat islam sedang mengepong Tembok Khaibar milik orang yahudi yang menguasai ekonomi dan politik pada masa itu... didalam benteng itu ada pahlawan2 handal tersohor seperti Murhab dan Harith... mereka memiliki benteng yang amat teguh.
Umat islam sudah berhadapan dengan yahudi khaibar selama berhari-hari... namun khaibar tidak dapat ditawan... mereka tewas hari demi hari...bekalan sudah kehabisan... pejuang sudah keletihan... semangat semakin hari makin luntur... ada kalangan umat islam yang memuji-muji2 kehebatan yahudi khaibar... keadaan menjadi genting...
Nabi memecah kebuntuan, kerana ia seorang nabi... dengarkan...
Rasul memberitahu bahawa esok beliau akan memberi panji kepada seseorang yang dicintai Allah dan Rasulnya dan mencintai Allah dan Rasulnya.
Pada pagi hari kesembilan Nabi memulakan misi baru...
"Dimana Ali Bin Abi Talib ?"
Ada yang menjawab... "Beliau sedang sakit mata wahai Rasulullah"
Nabi meneruskan... "Panggil saja beliau kemari" Lalu Sayyidina Ali as dibawa kepada Rasul dalam keadaan matanya berbalut.
Disinilah kisah yang masyhur dimana Nabi Muhammad saw telah mengubat mata Sayyidina Ali as dengan air liurnya dan beliau sembuh serta-merta. Nabi memang pemilik mukjizat...
Kemudian Saiyyidina Ali Abi Talib as menyudahkan serbuan ke benteng khaibar sehingga tercatat dalam sejarah, pukulan pahlawan hadapan Nabi ini telah mencantas tengkuk Harith kemudian mencebehkan kepala Murhab dalam tandingan satu-lawan-satu.
(* praktik perang yang biasa dizaman itu sebelum pecah perang seluruhnya)
Indahnya peribadi, Sayyidina Ali as mengajak Harith dan Murhab kepada Islam dengan Hujjah bahawa Islam dan Yahudi adalah dari asal yang satu iaitu Nabi Ibrahim. Berbeza dengan Kafir Mekah yang menyembah berhala...
Namun pelawaan Sayyidina Ali ditolak dengan ejekan lalu pecahlah pencak berpedang, mereka keduanya menerima akibat. Pengaruh kekalahan tandingan satu-lawan-satu menyebabkan orang-orang yahudi bertempiaran ketakutan memasuki benteng khaibar maka disaat itulah serbuan pejuang-penjuang islam menerobos benteng khaibar yang merupakan benteng utama yang tertinggal...
(*selidikilah sejarah kejatuhan benteng khaibar maka anda akan mengenal siapa watak pahlawan "heroic" barisan paling hadapan yang mengkagumkan itu... "Orang yang paling benar adalah orang yang berjihad dibarisan hadapan". Kata orang, sejarah tidak akan menipu... tetapi orang bodoh dan yang terkabur dalam mengkaji tetap akan tertipu...).. ~~*&%@!!..
TETAPI ADA PERKARA LAIN YANG INGIN KAMI UTARAKAN...
Nabi ketika ingin menyerahkan panji perang khaibar kepada Sayyidina Ali as yang dalam keadaan sudah diatas kuda untuk terjun ke medan, saat yang sangat genting lalu Nabi berkata : (dengarkan maksud)
"Bahawa Allah memberikan petunjuk kepada seseorang lelaki dengan perantaraan mu, maka itu lebih baik bagimu dibandingkan seluruh bumi yang disinari matahari"
"...wahai Ali,apa yang hendak engkau lakukan ini sangat penting sekali, kerana engkau menghidupkan Islam. Akan tetapi perlu aku beritahukan bahawa terdapat sesuatu yang lebih penting...
...iaitu memberi petunjuk kepada seseorang dan menjadikannya menjadi seorang manusia. Jika engkau mampu mendidik seorang manusia Muslim dan mempersembahkannya kepada masyarakat, maka ganjaran itu tak kalah banyak dibandingkan peperangan ini..." bahkan, lebih baik bagimu dibandingkan seluruh bumi yang disinari matahari" (*artinya, ganjaran itu lebih besar daripada dunia dan segala isinya.)
inilah yang menjadi "FOCAL POINT" perbincangan kami...
Mengapa ditengah-tengah kegentingan pecah perang khaibar Nabi berpesan tentang "Mendidik seseorang manusia"... Tidakkah ini membuktikan tingginya taraf PENDIDIKAN dan PERANAN PENDIDIK ??
Sehingga pahala ganjaran itu lebih besar daripada dunia dan segala isinya.... dan pendidik adalah juga guru,pensyarah,ketua keluarga,pemimpin disemua peringkat dan sesiapa saja yang sedang diikuti penyampaian ilmunya...
Maka peranan penyampai2 ilmu tentulah termasuk diantara rakan2, bloggers dan siapa saja yang kita berinteraksi dengannya... "Jika engkau mampu mendidik seorang manusia Muslim dan mempersembahkannya kepada masyarakat, maka ganjaran itu tak kalah banyak dibandingkan peperangan ini..."
Lihatlah kesan2 yang dibawakan oleh seseorang yang unggul peribadi dan jasanya ditengah masyarakat bukankah sangat menyelamatkan manusia menurut skala2nya... dan Allah maha pemberi rahmat dan pahala, tidak mustahil orang yang terdidik dan berjasa itu dianugerahi pahala "menyelamat manusia seluruhnya"
Perhatikanlah pula sebaliknya...
"Jika engkau membunuh seorang manusia tanpa hak, maka engkau seperti membunuh manusia seluruhnya..." dan pembunuh itu jika mati tiada taubat akan kekal dalam neraka... *(sila rujuk nas-nas yang berkaitan dengannya)
salah satu nas al-Quran tentang ini...
"Barangsiapa membunuh seorang manusia,bukan kerana orang itu membunuh orang lain, atau bukan kerana orang itu berbuat kerosakan di muka bumi, maka seakan-akan dia telah membunuh manusia seluruhnya. (Quraan,surah an-Nisaa')
KAMI INGIN MENGUTARAKAN TEKNIK "PERCIKAN BUNGA API"...
Didalam sejarah selalu terbukti, bahawa orang boleh tiba-tiba berubah sikap secara drastik menjadi baik... tetapi menurut kajian seringkali ada kejadian2 ilmiah dan pendidikan berlaku sebelum berubahnya seseorang. Kami ingin berkongsi beberapa kejadian perubahan drastik seseorang kerana ada "Percikan2 Bunga Api Ilmu" yang diterima dari seseorang...lalu kesedaran menyala hidup...
1. Kisah Khalifah Umar bin Abdul Aziz
Ketika sebelum pemerintahan beliau amalan mencaci-caci Sayyidina Ali as dilakukan diatas mimbar2 masjid dan ini bermula sejak zaman Khalifah Mu'awiyyah Bin Abu Sufyan lagi. Satu jangka masa pencacian yang sangat lama (* rujuk sejarah islam secara terperinci).Tetapi apabila Khalifah Umar Abdul Aziz mula memerintah beliau telah menghentikan sebarang pencacian kepada Ali Bin Talib dan keturunannya. Hak-hak milik Ahlul-bait juga telah dikembalikan.
Sedangkan semasa bapa beliau penjadi khatib mimbar, amalan pencacian ini terpaksa dilakukan dan bapa beliau mendapat upah untuk itu... tidakkah ini hasil haram yang dibawa kerumahnya lalu diberikan kepada anak, dan anak tersebut akan meneruskan kesalahan yang dilakukan oleh bapanya...
Namun beliau pernah bertanyakan kepada bapanya "Kenapa ketika menyebut nama Ali Bin Abi Talib ayah dilihat kaku dan gementar...?" Jawab ayahnya "Jika orangramai tahu siapa sebenarnya Ali Bin Talib, nescaya mereka tidak akan berada disekeliling kita"
Ternyata dari kajian ilmiah (* sila teruskan sendiri) , Khalifah Umar Bin Abdul Aziz telah diberi "percikan bunga api ilmu" dari gurunya,seorang syaikh yang 'alim dan mencintai Ahlul-bait. Kerana itulah beliau telah menongkah arus di zamannya. Ketika ramai orang membenci atau terpaksa membenci Ahlul-bait Nabi beliau telah bersikap sebaliknya walaupun berada ditengah2 gelumang kemewahan yang mencabar.
Katanya: "Jika aku baik,maka sesungguhnya pengajarlah yang menyampaikan aku kepada keadaanku sekarang ini"
Katanya lagi: ...."Sebuah percikan bunga api telah terlontar dari seorang pengajar (guru) ke otakku"
2. Kisah Mu'awiyyah Bin Yazid
Apabila Yazid Bin Mu'awiyyah meninggal dunia, orangramai telah mengangkat anaknya Mu'awiyyah Bin Yazid sebagai khalifah. Yazid yang terkenal dengan kisah lagenda kehidupan yang mewarnai kemewahan hidup sebagai khalifah (* sila rujuk sejarah) yang amat kontroversi (seperti kisah2 karbala dan selepasnya), orangramai hanya dapat meramalkan Mu'awiyyah Bin Yazid akan terus saja mengikut rentak kehidupan ayahnya...
Namun bila Mu'awiyyah Bin Yazid naik ke atas mimbar beliau berkata "...jika kamu inginkan seorang khalifah yang sebenar bukannya aku ataupun Yazid ayahku, pergilah kepada Imam as-Sajjad as di Madinah... beliaulah khalifah Nabi saw yang sebenar..."
(* Imam as-Sajjad adalah cicit Nabi anak Sayyidina Hussein as)
Lantas mereka telah menyiasat dari manakah datangnya pendirian Mu'awiyyah Bin Yazid ini... setelah diketahui beliau telah berguru dengan seorang 'alim yang menceritakan kisah sebenar mengenai Ahlul-bait,ajaran dan hak2 mereka, maka syaikh yang 'alim itu telah mereka kebumikan hidup-hidup.(*rujuk sejarah penderitaan perjalanan hidup keluarga Nabi dan orang2 yang menyokong mereka)
Inilah peranan pendidikan melalui "percikan2 bunga api ilmu" yang dapat menghidup nyalakan pemikiran dan kesedaran seseorang walaupun sedang hidup diluar lingkungan kehidupan islamik...
Kerana dapat merubah manusialah maka Nabi berpesan kepada Sayyidina Ali as ditengah2 medan perang supaya "mendidik seseorang manusia..." dan kerana percikan2 api ilmu yang sedikitlah dapat membantu kalangan rakan2 dan saudara2 kita supaya berubah menjadi baik walaupun sedang hidup dalam suasana keluarga dan masyarakat pro-maksiat.
PERCIKANLAH PADA MEREKA... agar dengan izin Allah akan menangkap dan menyala bersama keikhlasan hati kecil mereka maka kita dan mereka boleh berubah menjadi baik...
HUKUM GENETIK, LINGKUNGAN, KESAN MAKANAN DAN PENDIDIKAN KELUARGA
Pakar-pakar ilmu jiwa telah menghuraikan secara terperinci bahawa keempat-empat faktor ini akan dibawa bersama-sama seseorang dalam hidupnya tanpa dapat dia tinggalkan dengan mudah.
Misalnya secara GENETIK seseorang akan membawa perangai sombong ayahnya jika ayahnya seorang manusia egois. Sifat-sifat lahir dan batin kedua orang tua akan berpindah kepada anak-anaknya melalui gen-gen yang membawa sifat-sifat keturunan.
Begitulah juga kesan-kesan terus dari faktor2 LINGKUNGAN (jenis apakah kehidupan yang dilalui), KESAN MAKANAN (haram-halalnya serta khasiatnya) dan PENDIDIKAN KELUARGA (jika keluarga berpoya cinta dunia, maka begitulah akan diwarisi oleh anak-anaknya.)
NAMUN MENARIKNYA : KEEMPAT-EMPAT FAKTOR INI HANYA DAPAT DIBATALKAN OLEH "KESAN PENDIDIKAN" KEATAS SESEORANG (*seperti contoh2 yang telah kami selitkan diatas)
Benarlah bahawa "Percikan api ilmu dan pendidikan" dapat menyalakan kesedaran kepada seseorang lalu memungkinkan beliau merubah hidupnya... seolah-olah diberi peluang keemasan pada yang sedang dibelenggu keempat-empat faktor tersebut.
Namun semua sudah maklum bahawa untuk menyampai sesuatu ilmu mestilah dipastikan ilmu itu sahih bertepatan dengan hakikat kebenaran. Jika tidak kita akan menyebarkan percikan yang memadamkan jiwa murni dan kesannya juga berterusan tersebar...
Sewajarnya kita perhalusi peranan sebagai pendidik dan penyampai ilmu supaya bersedia awal dengan kajian/bahan2 yang lengkap sebelum mengajar, berakhlak mulia agar dapat dicontohi dan selari dengan ilmu yang disampaikan...
barulah "Percikan kita Menjadi"
KATA MUTIARA mengalunkan....
"Jadilah engkau para penyeru manusia dengan amal perbuatanmu, dan janganlah engkau menjadi para penyeru manusia dengan lidah-lidah mu..."
Sekian, wassalaam.
Wednesday, January 6, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment