Telah masyhur dikalangan orang2 arab, yahudi dan kristian... bahawa jika Allah mengutuskan kita seorang nabi, nescaya ada dikalangan sahabatnya mempunyai tujuh puluh (70) sifat terpuji....
Pernah dizaman pemerintahan Musa al-Hadi al-'Abbasi, telah dilakukan usaha untuk menghimpunkan sifat-sifat keistimewaan Arab pada seseorang yang dapat memenuhi jumlah sebanyak itu.
Diantara yang membuat kajian ini adalah Abu al-Walid Isa bin Bakr ibn Di'bin yang masyhur dengan gelaran Ibn Di'bin. Mereka memikir dan mencari-cari adakah akan terkumpul sepuluh sifat yang terpuji pada seorang lelaki, apatah lagi tujuh puluh sifat...
Mereka tidak dapat mencari sifat-sifat yang terkumpul untuk dunia dan akhirat, melainkan sepuluh sifat terkumpul untuk dunia sahaja bukan untuk akhirat.
Mereka telah mendapati Zuhair bin Hubab al-Kalbi sebagai penyair,doktor perubatan,pahlawan,ahli nujum,seorang yang dihormati (syarif),perkasa,tukang tilik,yang arif tentang nasab,tukang tenung nasib dengan menggunakan burung dan penghalang (zajir). Mereka mengatakan Zuhair telah hidup selama tiga ratus tahun.
Banyak sifat-sifat terpuji secara slogan yang dikemukakan namun bila dibuat kajian terperinci bukti2 sejarah dan riwayat diambil kira. Sebarang kecacatan yang membuktikan sifat sebaliknya terdapat pada insan itu akan membatalkan kiraan tersebut.(sila rujuk sejarah,riwayat dan semua sumber2 keperibadian secara terperinci)
Pengkaji telah memikirkan dan mencari dikalangan orang Arab yang mengetahui ilmu pemikiran (ahli al-Nazar), namun sifat itu tidak terkumpul pada seorang untuk agama dan dunia melainkan pada Sayyidina Ali bin Abi Talib as sama ada mereka suka ataupun tidak. Lantaran itu mereka dengki kepada beliau sehingga merosakkan hati dan amalan mereka. Ali as adalah lebih berhak dan lebih aula daripada mereka, kerana Allah swt telah memusnahkan berhala-berhala musyrikin dengan tangan Ali as bersama Rasul saw. Agama telah menjadi kuat dengan pembunuhan ke atas musyrikin oleh Ali as di dalam peperangan bersama Rasul saw.
Apabila penyenaraian keatas Sayyidina Ali as dibuat....
Ditanya apakah sifat-sifat tersebut (al-Khisal?) Dijawab : keakraban kepada Rasul saw. dan menemaninya (al-Mu'asat li-al-Rasul)(1), mengorbankan diri(2), menjaga kehormatannya (al-Hafizah)(3), menolak kesusahan daripadanya(4), membenarkan Rasul saw dengan janji(5), zuhud dan meninggalkan angan-angan(6), pemalu(7), murah hati(8), kefasihan bercakap(9), kepimpinan(10), lemah lembut(11), keilmuan(12), keputusan yang tepat(13), keberanian(14), meninggalkan kegembiraan ketika menang(15), tidak melahirkan kesukaan(16), meninggalkan penipuan dan kelicikan(17). Tidak mengudungkan anggota badan musuh (al-Muthlah) sedangkan dia mampu melakukannya(18). Kecintaan yang ikhlas kepada Allah swt(19), memberi makan kepada orang miskin kerana mencintaiNya(20).
Memandang rendah kemenangan yang dicapai di dunia(21), tidak melebihkan dirinya dan anak-anaknya di atas seorang pun rakyatnya.(22) Makanannya adalah yang paling rendah yang dimakan oleh rakyatnya (23), pakaiannya adalah yang paling murah dipakai oleh seorang islam (24), pembahagiannya adalah saksama (25), keadilannya pada semua rakyat (26), maju di dalam peperangannya (27), orang ramai pernah menghinanya tetapi dia menganggap hinaan itu sebagai ujian bagi mentaati Allah (28), mempunyai kekuatan menghafaz (29), orang Arab menamakannya sebagai akal sehingga dinamakan dengan telinga yang jaga (uzunun wa'iyah) (30), bersifat pemaaf (31), menyebarkan hikmat (32), mengeluarkan kalimat (33), menyampaikan nasihat (34), keperluan orang ramai apabila dia berada di hadapan mereka (35).
Percakapannya diambil (36), menjelaskan kesamaran kepada orang ramai (37), mempertahankan mereka yang dizalimi (38), menolong mereka yang di dalam kecemasan (39), mempunyai maruah (40), menjaga kehormatan perut dan kemaluan (41), menjaga hartanya dengan baik supaya dia tidak mengguna harta orang lain (42), tidak menunjukkan kelemahan dan penyerahan kepada musuh (al-Wahn wa al-Istikanah)(43), tidak mengadu kesakitan kerana luka-luka yang dialaminya (44), menyembunyikan kelukaannya dari kepala hingga ke kakinya hampir seribu luka pada jalan Allah (45), menyuruh melakukan kebaikan (46), melarang melakukan keburukan (47), melaksanakan hukuman sekalipun ke atas dirinya sendiri (48), tidak menyembunyikan keredaan Allah ke atas anak-anaknya (49), memberi pengakuan kepada orang ramai tentang kelebihannya yang diturunkan di dalam al-Qur'an dan manaqibnya yang diceritakan orang ramai mengenainya daripada Rasulullah saw (50), Dia tidak pernah membantah Rasulullah saw walaupun satu perkataan (51), tidak pernah meninggalkan sebarang fardhu (52), penyaksian orang ramai bahawa dia melaksanakan tugasnya untuk mereka dan menahan dirinya daripada dunia mereka (53), Dia tidak pernah menerima rasuah di dalam penghukumannya (54), mempunyai hati yang cerdik (55), cekal menghadapi tentangan khawarij ke atasnya (56), Dia tinggal seorang diri di atas mimbar masjid sedangkan orang ramai melarikan diri (57).
Orang ramai bercakap-cakap bahawa burung telah menangis kerana Ali as (58), Riwayat Ibn Syihab al-Zuhri mengatakan bahawa batu Bait al-Maqdis bertukar tempat ketika pembunuhan Ali as dan mendapati darah di bawahnya (59), Perkara ini adalah besar sehingga paderi-paderi bercakap-cakap mengenainya, penyeruannya kepada orang ramai supaya bertanya kepadanya tentang fitnah yang menyesatkan seratus orang dan memberi hidayat kepada seratus orang (60), Riwayat orang ramai tentang keajaibannya menceritakan tentang Khawarij dan pembunuhan mereka (61), tidak melahirkan kemampuannya yang luar biasa (62), malah melahirkan tangisan (63), menunjukkan kelemahan diri kepada Allah swt sehingga Rasulullah saw bersabda : Apakah tangisan ini wahai Ali? Beliau as menjawab : Aku menangis kerana keredaan Rasulullah terhadap aku (64). Maka Rasulullah saw bersabda : Sesungguhnya Allah, para malaikatNya dan RasulNya telah meredai anda. Beliau tidak merasa kesejukan pada hari sejuk(65), tidak merasai kepanasan pada hari panas(66), tidak merasai panas dan sejuk, menghunus pedang pada jalan Allah (67), memberi penerangan kepada orang ramai tentang hukum Allah ke atas makhlukNya (68), mempunyai bonggol seperti lembu jantan yang jauh dari dua bahunya, mempunyai dua lengan yang kuat (69), Tidak seorang pun dapat menghadapi Ali as melainkan beliau as menahannya atau membunuhnya (70).
Terlalu banyak jika hendak diperkatakan tentang kemulian Sayyidina Ali as...
Terlalu banyak juga orang yang prejudis,lemah akal menilai dan meremehkan kisah-kisah kemulian beliau yang telah sarat tercatit dalam kitab2 sejarah, kerana beliau adalah pintu ilmu Rasulullah saw, beliau dididik oleh tangan Rasul yang mulia itu... apakah akan jadi mustahil kemulian2 itu jika tangan Rasul itu jugalah yang telah membelah bulan, suatu "energy effect" yang sangat mustahil sehingga ke zaman ini... tetapi ianya telah berlaku... dan kita semua muslim masih percaya...
Penjelasan dan bukti2 kajian terhadap sifat-sifat kemuliaan yang telah dihimpunkan pada Sayyidina Ali as di atas akan kami huraikan di lain masa. Kini kami ingin sudahi entri ini dengan "Kehebatan Hukuman Sayyidina Ali as" yang membuktikan ketangkasan "matematik"nya...
Dua orang lelaki berkumpul untuk makan. Salah seorangnya mempunyai tiga(3) keping roti dan seorang lagi mempunyai lima(5) keping roti. Seorang lelaki datang dan memberi salaam kepada mereka berdua. Setelah kedua2nya menyahut salaam lelaki itu lalu dijemput makan bersama. Apabila selesai makan, lelaki itu berdiri dan memberi lapan(8) dirham kepada mereka berdua sambil berkata : "Ini adalah sebagai ganti kepada kamu berdua terhadap apa yang aku telah makan daripada makanan kamu berdua."
Kedua2nya telah bertengkar mengenai pembahagian pemberian lelaki itu. Lelaki yang mempunyai tiga(3) keping roti berkata : Separuh adalah untuk aku dan separuh adalah untuk anda. Lelaki yang mempunyai lima(5) keping roti pula berkata : Untuk aku lima(5) dirham dengan kadar lima(5) keping roti aku dan untuk anda tiga(3) dirham dengan kadar tiga(3) keping roti anda. Masalah mereka tidak selesai dan terus bertengkar sehingga mereka berjumpa Imam Ali as, Amir al-Mukmineen. Beliau berkata : Sesungguhnya perkara yang kamu berdua tengkarkan ini adalah sedikit nilainya, justeru kamu berdua tidak patut membawanya ke pengadilan.
Kemudian Sayyidina Ali as berjumpa dengan lelaki yang mempunyai tiga(3) keping roti sambil berkata : Aku fikir sahabat anda telah mencadangkan untuk memberi kepada anda tiga(3) dirham, kerana rotinya lebih banyak daripada roti anda, maka redailah cadangannya. Lelaki itu berkata : Tidak, demi Tuhan, wahai Amir al-Mukmineen, aku tidak reda melainkan dengan berlalunya pengadilan. Beliau as berkata : Sesungguhnya jika pengadilan dilakukan, maka anda berhak satu(1) dirham saja. Oleh itu ambillah satu(1) dirham dan berilah kepadanya tujuh(7) dirham.
Lelaki itu berkata : SubhanalLah !! Wahai Amir al-Mukmineen! dia telah mencadangkan kepada aku tiga(3) dirham, aku enggan. Bagaimana aku akan mengambil satu(1) dirham sahaja?? Beliau as berkata : Beliau mencadangkan kepada anda tiga(3) dirham adalah untuk perdamaian, tetapi anda telah bersumpah bahawa anda tidak reda melainkan dilakukan pengadilan.
Jika pengadilan dilakukan, anda berhak satu(1) dirham. Lelaki itu berkata : Berikan penjelasan kepada ku... Beliau berkata : Tidakkah anda mengetahui bahawa tiga (3) yang anda miliki itu adalah sama dengan sembilan(9) dibahagi dengan tiga(3). Dia berkata : Ya. Beliau as berkata : Tidakkah anda mengetahui bahawa lima(5)nya itu adalah menyamai lima belas (15) dibahagi dengan tiga(3)..? Dia berkata : Ya.
Jadi semuanya adalah dua puluh empat(24) dibahagikan dengan tiga(3).
Engkau telah memakan lapan(8), tetamu memakan lapan(8) dan sahabat anda telah memakan lapan(8). Maka tinggallah daripada sembilan(9) anda itu satu(1) dan telah dimakan oleh tamu. Dan tinggal daripada lima belasnya(15) adalah tujuh, dan telah dimakan oleh tetamu. Oleh itu dengan tujuhnya dimakan tetamu, ia mendapat tujuh(7) dirham, dan anda dengan satu anda yang telah dimakan tetamu maka anda mendapat satu(1) dirham...
Pengadilan oleh Amir al-Mukmineen Ali as bukan sahaja menyelesaikan pertikaian kedua-dua lelaki yang bertelagah itu tetapi sekali gus mencengangkan mereka tentang bukti "ketangkasan matematik" beliau as.
Ini adalah salah satu bukti ketinggian ilmu pada "PINTU ILMU NABI" yang disuruh kita mengikutinya selepas beliau. Kami akan datangkan lagi bukti2 yang lebih mencengangkan...
Sekian semoga mendapat bimbingan dan rahmat Allah.
Salaam.
Thursday, January 14, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
"PINTU ILMU NABI"
Post a Comment